Kemahiran proses sains (KPS) membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem.
Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains adalah seperti :
4. Membuat inferens
Membuat kesimpulan awal yang munasabah,
yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau
pemerhatian.
7. Menggunakan perhubungan
ruang dan masa
8. Mentafsirkan data
9. Mendefinisikan secara
operasi
11. Membuat hipotesis
Membuat suatu pernyataan umum
tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan
sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan
kesahihannya.
12. Mengeksperimen
Merancang dan menjalankan
penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan
data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php
Kemahiran Proses Sains
Dicatat oleh
PPG Sains (HT34) UMS
|
1. Memerhatikan
Menggunakan deria
penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat
tentang objek dan fenomena.
2. Mengelaskan
Menggunakan pemerhatian untuk
mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.
3. Mengukur
menggunakan nombor
Membuat pemerhatian secara
kuantitatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang
diseragamkan sebagai unit rujukan.
5. Meramalkan
Membuat jangkaan tentang
sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau
berdasarkan data.
6. Berkomunikasi
Menerima, memilih, menyusun
dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual,
graf, rajah atau model.
Memerihalkan perubahan
parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan
masa.
Memberi penerangan yang
rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
Memberi tafsiran tentang
sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
10. Mengawal pemboleh ubah
Mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang
dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan
untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa
yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
Read User's Comments(2)
Pembangunan blog sains
Dicatat oleh
PPG Sains (HT34) UMS
|
Salam 1 Malaysia,
Kami dari kumpulan PPG Sains (HT34) UMS dikehendaki membina blog sebagai tugasan dan perkongsian ilmu kepada semua pengunjung blog ini. Buat masa ini, pembinaan blog ini dijalankan dengan beransur-ansur memandangkan beberapa kekangan yang dihadapi. Walaubagaimanapun, blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua..
Sekian, terima kasih..
Langgan:
Catatan (Atom)